Friday, February 20, 2009

Terkini

Assalamualaikum

Dimaklumkan di sini, bahawa kelas pengajian STAM yang telah dirancang untuk diadakan di INTISAR Kajang, akan dipindahkan ke tempat yang baru iaitu di Kolej Jaiputra, Kota Bharu, Kelantan. Keputusan perpindahan ini adalah disebabkan beberapa masalah yang berbangkit.

Oleh yang demikian, pihak INTISAR dan Kolej Jaiputra telah bersetuju untuk memulakan kelas pengajian bagi STAM pada 1 Mac 2009. Jadi, bagi mereka yang berminat, boleh berhubung dengan pihak INTISAR atau terus kepada pihak kolej bagi mendapatkan maklumat lanjut. Kolej Jaiputra boleh dihubungi melalui laman web berikut http://jaiputra.edu.my

Maklumat serta perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian, wassalam