Friday, February 20, 2009

Terkini

Assalamualaikum

Dimaklumkan di sini, bahawa kelas pengajian STAM yang telah dirancang untuk diadakan di INTISAR Kajang, akan dipindahkan ke tempat yang baru iaitu di Kolej Jaiputra, Kota Bharu, Kelantan. Keputusan perpindahan ini adalah disebabkan beberapa masalah yang berbangkit.

Oleh yang demikian, pihak INTISAR dan Kolej Jaiputra telah bersetuju untuk memulakan kelas pengajian bagi STAM pada 1 Mac 2009. Jadi, bagi mereka yang berminat, boleh berhubung dengan pihak INTISAR atau terus kepada pihak kolej bagi mendapatkan maklumat lanjut. Kolej Jaiputra boleh dihubungi melalui laman web berikut http://jaiputra.edu.my

Maklumat serta perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian, wassalam

Friday, January 16, 2009

AHLAN WASAHLAN

SELAMAT KEMBALI

SELURUH WARGA PENGURUSAN INTISAR MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KEPADA SEMUA PELAJAR INTISAR !

SELAMAT DATANG

AHLAN WASAHLAN KEPADA SEMUA PELAJAR BARU STAM, SEMUGA PENGAJIAN ANDA SEMUA DIBERKATI ALLAH.

Saturday, January 3, 2009

Pendaftaran Pengajian STAM di INTISAR bagi tahun 2009

Assalamualaikum wbt.

Berikut adalah maklumat-maklumat penting berkenaan dengan pendaftaran kelas pengajian STAM 2009 di INTISAR :

Tarikh Pendaftaran : Bermula dari 15 Disember 2008 sehingga 31 Januari 2009 (pendaftaran boleh dibuat pada bila-bila masa di dalam tempoh tersebut).

Kelas Pengajian : Kelas pengajian akan bermula pada 19 Januari 2009 dan akan dimulakan denga kursus penialain bahasa Arab selama sebulan; sebelum pengajian STAM yang sebenar bermula.

Borang Pendaftaran : Borang pendaftaran di INTISAR boleh dimuat turun melalui pautan berikut http://www.4shared.com/file/78834210/56de4fce/borang_permohonan_stam.html . Semua borang yang telah diisi hendaklah dihantar segera pada alamad e-mail yang tertera pada brosur. Borang juga boleh didapati apabila hendak membuat pendaftaran di pejabat INTISAR.

Maklumat Am STAM : Maklumat am berkenaan STAM boleh dimuat turun melalui pautran berikut http://www.4shared.com/file/78834218/5805c7fc/maklumat_am_stam.html . Maklumat dipetik daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Bayaran : Bayaran pendaftaran - RM150 (sekali sahaja), yuran pengajian - RM350 (bulanan), yuran asrama - RM100 (bulanan). .

- Pendaftaran calon peperiksaan akan diuruskan oleh pihak INTISAR.
- Yuran pendaftaran peperiksan dengan pihak LPM adalah ditanggung oleh pelajar. Sila rujuk pada maklumat am STAM.
- Tarikh pendaftaran bagi calon sekolah adalah pada 16 Januari 2009 - 27 Februari 2009. Manakala bagi calon persendirian adalah pada 16 Januari 2009 - 16 Mac 2009.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak INTISAR sepertimana yang terdapat pada brosur.